Forensik MH17: Bakal dedahkan lebih banyak maklumat

  • 6 years ago
Ujian forensik antara faktor yang dapat membantu pasukan penyiasat bagi menentukan punca kejadian serta merungkai segala persoalan berhubung nahas MH17.

Di sebalik laporan awal oleh Lembaga Keselamatan Belanda, DSB, yang menunjukkan, pesawat Malaysia Airlines itu terkena objek berkelajuan tinggi, namun ia belum dapat mengesahkan sama ada pesawat itu terkena tembakan peluru berpandu.

Dan bagi membincangkan mengenai bagaimana siasatan forensik dapat memberi jawapan kepada kejadian menimpa MH17, berada di bilik berita ialah wartawan Astro Awani, Asyraf Hasnan dan bekas ketua Unit Forensik Polis Di Raja Malaysia, Amidon Anan.