MBM perlu terus promosi kesederhanaan

  • 6 years ago
Barisan kepimpinan baharu Majlis Belia Malaysia (MBM) diharap dapat terus memainkan peranan mempromosi konsep kesederhanaan untuk memastikan golongan belia di negara ini tidak terjebak dengan sebarang kegiatan ekstremisme. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata fahaman ekstremisme yang datang dalam pelbagai bentuk merupakan satu ancaman kepada perpaduan negara dan perlu ditangani secara konsisten.