Pewaris Line Clear keliru dengan tindakan MPPP

  • 6 years ago
Isu perebutan giliran restoran nasi kandar popular Pulau Pinang, Nasi Kandar Line Clear di Georgetown terus panas apabila bahagian perlesenan dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas meja dan kerusi tanpa sebarang notis awal. Dalam kejadian pada 4 pagi, sepasukan 40 pegawai dan anggota MPPP menyerbu ke premis berkenaan dan menyita kerusi dan meja makan serta meja di dapur. MPPP turut didakwa cuba mengambil pelbagai barangan lain tetapi berjaya dihalang pengusaha restoran terbabit.