11,289 calon peroleh keputusan cemerlang SPM 2014

  • 6 years ago
Bilangan calon yang memperolehi keputusan cemerlang gred A+, A dan A- pada peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia, SPM, 2014 menurun dua perpuluhan 62 peratus. Hanya 11,289 calon daripada 455,839 calon memperolehi semua gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 13,70 calon pada 2013. Pada masa sama, jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar turut mengecil sebanyak 0.05 mata Gred Purata Nasional, GPN kepada 0.55 tahun lalu, berbanding 0.60 GPN, tahun sebelumnya.