Meneroka sains bersama Didi & kawan-kawan

  • 6 years ago
Bersaing dalam industri animasi 3D tempatan kini memerlukan strategi. Pembangun animasi 3D tempatan kini semakin matang dan produk Malaysia telah mula di iktiraf dunia. Ini dibuktikan dengan kemunculan animasi seperti Upin Ipin dan Boboiboy yang IP mereka turut dibeli oleh Disney Channel. Tidak mahu bersaing dalam industri hiburan semata-mata, DD Animation Bisnes Alternatif Episod 354: Studio milik anak tempatan memilih untuk menerokai cabang Edutainment dan mempertaruhkan produk mereka 'Didi' si ayam katik. Apa sebenarnya strategi dalam memasarkan IP mereka 'Didi The Science Explorer' ini? Hos Nurulhana Ismail menemubual pembangun animasi ini.