TMJ: 174, apa yang aneh sangat?

  • 6 years ago
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulas tentang kedudukan terkini FIFA ranking skuad kebangsaan yang dikemaskini petang semalam.

TMJ berkata " apa yang aneh sangat, apa yang terperanjat sangat?"

Tambah TMJ adakah sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2019, peminat semua percaya kita boleh menang menentang Lebanon dan Korea Utara.

TMJ menemplak kata-kata yang hanya ingin menghentam FAM kerana isu rangking ini tetapi tidak menggunakan akal dan fakta.

Tegas TMJ apa yang berlaku ini adalah masalah yang sudah lama berlaku di dalam FAM sejak 10 tahun lalu.