Roma benam Chelsea dengan 3 jaringan lawa

  • 7 years ago
AS Roma membena Chelsea 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi di Stadium Olimpico.

Tiga jaringan lawa dihasilkan Roma menerusi Stephan El Shaarawy dan Diego Perotti.

Shaarawy meledak gol pertama dengan tendangan 'half-volley' deras ketika perlawanan berlangsung kurang seminit.

Minit ke-36, Shaarawy sekali lagi meledak gol dengan helah bijak menewaskan pertahanan lawan dan melakukan jaringan.

Malam indah Chelsea sempurna dengan gol ketiga Perotti menerusi sepakan deras luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Chelsea.