'The next Ronaldinho', aksi Lucianinho 'memukau' dunia

  • 7 years ago
Baru berusia 12 tahun tapi aksinya dan kelincahannya cukup memukau peminat bola sepak.

Bukan sahaja di negara kelahirannya, Lucianinho kini menjadi sensasi bola sepak dunia apabila rakaman beliau bermain dikongsi di laman sosial.

Kemahiran rembatan 'knuckle ball', Lucianinho cukup berbahaya ditambah kemahiran menggelecek dan larian pantas sudah pasti memberikan mimpi buruk kepada pasukan lawan.

Lucianinho adalah prospek hangat masa depan bola sepak Brazil dan beliau diberi jolokan 'The next Ronaldinho' oleh para peminat bola sepak dunia.

Kemahirannya turut mendapat perhatian pemain sensai Barcelona Neymar dan lagenda bola sepak Barzil Roberto Carlos.

Beliau kini sedang bermain untuk pasukan remaja Flamengo bagi Serie A di Brazil.