Mr. Dash menang perak buat negara

  • 7 years ago
Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi atau lebih dikenali sebagai Mr. Dash gagal mempertahankan pingat emas acara 100m T36 (cerebral palsy) selepas mendapat tempat kedua pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, England malam tadi.

Pemegang pingat emas Olimpik Rio 2016 itu yang muncul juara pada Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar sekadar memenangi pingat perak dengan catatan masa 12.15 saat bagi menyamai masa terbaik beliau dalam acara yang diadakan di Stadium London di Queen Elizabeth Olympic Park, menurut laman web kejohanan www.paralympic.org/london-2017.

Atlet dari China Yang Yifei, yang juga pemenang pingat perak pada Olimpik Rio 2016, meraih pingat emas selepas mencatat rekod baru Asia 11.93 saat manakala Rodrigo Parreira da Silva dari Brazil, pemegang pingat gangsa di Rio, sekali lagi mendapat gangsa dengan masa 12.28 saat.

Mohamad Ridzuan juga mengambil bahagian dalam acara 200m T36 di London tetapi hanya berjaya menamatkan kedudukan di tempat keempat pada 17 Julai lepas.

Recommended