Visual Google Doodle beri penghormatan kepada P. Ramlee

  • 7 years ago
Google Doodle hari ini menonjolkan watak legenda seni Malaysia seniman Tan Sri P.Ramlee sempena hari kelahiran Allahyarham ke-88

Ia memaparkan P. Ramlee dalam imej yang paling diingati orang ramai, bermisai nipis, tampil segak dengan sut petak, dengan kepalanya sedikit lentok ke tepi.

P. Ramlee merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan komposer prolifik yang telah menyumbang lebih dari 60 karya filem dan menggubah sekitar 250 lagu.

Pemergian beliau pada tahun 1973 adalah kehilangan besar kepada Malaysia