Pelajar India peluk Islam di ceramah Dr Zakir Naik

  • 7 years ago
Seorang pelajar warga India, R.A Shivaleela yang berusia 40 tahun terbuka hati untuk memeluk Islam setelah mendengar penjelasan terperinci mengenai agama dalam satu majlis ceramah pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada Jumaat lalu.

Pelajar peringkat doktor falsafah itu melafazkan dua kalimah syahadah yang dibimbing Dr Zakir di hadapan 1,000 hadirin.

Video tersebut dimuat naik Suara Sunnah di Youtube.