Patung 'emas' PM Israel kena turun, pihak majlis beri saman

  • 8 years ago
Sebuah patung emas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diturunkan pekerja majlis perbandaran Tel Aviv selepas karya seni misteri itu muncul di hadapan pejabat perbandaran di Rabin Square, semalam.

Menurut agensi, patung setinggi 4 meter dan dibalut dengan tali penghadang berwarna merah berkenaan dibawa turun kerana dianggap 'provokatif'.

Patung yang digelar 'King Bibi' itu direka Itay Zalait sebagai ilham bagi membuatkan orang ramai 'berfikir' namun dia disaman dan didenda oleh pihak majlis perbandaran.

Recommended