DAP mungkin adakan pilihan raya mengejut?

  • 8 years ago
DAP dilaporkan membincangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri mengejut di Pulau Pinang dan sedang memohon maklum balas daripada rakan sekutunya.

Menurut sumber yang memberitahu Malaysiakini, perbincangan itu berlaku semasa mesyuarat eksekutif pusat parti berkenaan malam semalam.

Sementara itu, pemimpin PKR pula dilaporkan akan mengadakan mesyuarat mereka malam ini.