Fathul Bari: Agama Islam haramkan jual beli kucing
  • 8 years ago
Exco pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahaya memuat naik sedutan dari ceramahnya yang menerangkan hukum menjual beli bintang peliharaan kucing.

Menerusi rakaman video program beliau, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas) Fathul Bari berkata agama Islam mengharamkan jual beli kucing dan larangan itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Katanya juga, orang Islam dibolehkan untuk membela haiwan tersebut cuma larangan tersebut hanya ke atas urusan jual beli haiwan itu sahaja.