Abah siram, halau anak kerana disihir bini muda?
  • 8 years ago
Video drama keluarga antara seorang ayah dan anak-anaknya kini hangat di laman sosial.

Dalam video berkenaan si ayah menyiram anak-anaknya dengan air bagi menghalau mereka dan enggan bersemuka.

Menurut pemuat naik video, bapa terbabit yang juga merupakan seorang guru di Perlis dikatakan telah disihir oleh isteri mudanya sehingga dia amat membenci anak-anaknya sehingga sanggup berkelakuan sedemikian rupa.