1MDB sedia jumpa Rafizi dan Pua
  • 8 years ago
Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata dia bersedia memberi penerangan mengenai agensi pelaburan milik kerajaan yang dibebani hutang itu kepada sesiapa yang berminat, termasuk Setiausaha Agung PKR, Rafizi Rami dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Itu reaksi beliau selepas seorang ahli Umno mencadangkan supaya beliau menjemput wakil pembangkang dalam sesi soal jawab berkenaan.