BN minta peluang sepenggal perintah k'tan

  • 9 years ago
Barisan Nasional (BN) hanya mahu peluang memerintah Kelantan selama sepenggal untuk menunaikan janji-janjinya yang dibuat dalam pilihanraya umum ini.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, jika BN gagal menunaikan janjinya, rakyat negeri itu boleh memilih PAS semula untuk memerintah negeri itu.

"Saya merayu kepada tuan-tuan dan puan-puan supaya memberi peluang kepada Datuk Awang Adek Hussein menjadi menteri besar Kelantan yang baru untuk membela rakyat negeri ini.

"Selepas itu, kalau tak suka boleh pilih semula kerajaan yang ada hari ini (PAS)," katanya ketika merasmikan bangunan tambahan Pejabat Petubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pasir Puteh, Kelantan.

Mohd Najib berkata, beliau dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan memberi pembelaan kepada rakyat Kelantan.

Katanya, ada dua Islam - satu Islam PAS dan satu Islam lagi oleh Umno.

Tetapi, katanya, ada perbezaan - bukan pada akidahnya - yang membezakannya ialah dasarnya.

"Satu Islam oleh puak hijau (PAS) yang bunyinya jika didengar memang sedap dengan slogan Islam seperti Membangun Bersama Islam dan Tabung Serambi Mekah.

Islam untuk Tamadun

"Tetapi kita (BN) tidak mahu Islam luaran sahaja kerana kita mahu Islam untuk tamadun.

"Kita boleh pilih sama ada nak Islam cara PAS atau Islam cara BN. Islam cara BN ialah untuk meningkatkan maruah Islam," katanya lagi.

Dari segi pembangunan, kata Mohd Najib, BN mengemukakan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), kerajaan negeri mengemukakan Kelantan Koridor Depu (Gaharu).

"Di tempat saya di Pekan, orang Asli sudah kenal kayu gaharu, tidak perlu diajar lagi," katanya lagi.

Sementara itu, Awang Adek berkata, beliau terharu akan dipilih sebagai menteri besar Kelantan jika BN menang dalam pilihanraya umum kelak.

"Saya telah merasai kesusahan dan kerana itu saya akan membantu orang susah, orang yang tiada rumah.

"Percayalah, saya berjanji akan membantu rakyat Kelantan menjadi rakyat yan

Recommended