10 terbunuh serangan bom kereta di Syria

  • 9 years ago
Sepuluh orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas sebuah kereta di Latakia, Syria, kubu kuat bahagian pesisir pantai Presiden Bashar al-Assad, diletupkan semalam.

Pengganas dipercayai meletupkan kereta sarat dengan bom di dataran Hamam di Latakia sehingga menyebabkan kerosakan teruk kereta serta bangunan berdekatan.