Ibrahim Ali: Saya juga hebat seperti Anwar Ibrahim

  • 9 years ago
Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang kononnya telah bercuti 2 bulan daripada memegang jawatannya di NGO tersebut mengadakan sidang media hari ini untuk meluahkan kekecewaannya terhadap kerajaan BN yang mengetepikan Perkasa. Beliau berkata Anwar Ibrahim dianggap sebagai seorang ahli politik yang hebat dan popular dengan meraih popularitinya dengan mengkritik kerajaan. Ibrahim berkata sebenarnya beliau seorang yang mempunyai kualiti ahli politik hebat, cuma beliau tidak ingin mencari populariti dengan mengutuk kerajaan.