Hakka makan Hakka, kata penduduk
  • 9 years ago
Sehari selepas pemaju Mega 9 Development memberi jaminan bahawa pintu rundingan masih belum ditutup, hari ini kira-kira 50 penduduk Kampung Hakka di Mantin bergegas ke pejabat itu. Malangnya, pejabat berkenaan ditutup dan ini memberangkan penduduk yang mendakwa diri mereka dipermainkan.

Sehubungan itu, mereka membuat bantahan selepas menunggu kira-kira sejam. Mereka turut membawa sepanduk yang antaranya berbunyi " Hakka makan Hakka" merujuk kepada pemilik syarikat pemaju itu yang juga berbangsa Hakka.