Kalimah Allah tiada kaitan dengan Kristianisasi umat Islam - PAS

  • 9 years ago
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan umat Islam di Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak yang mengatakan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah satu usaha Kristianisasi untuk memurtadkan orang Islam.

Sebaliknya menurut Ahli Parlimen Parit Buntar itu, cakap-cakap sedemikian hanya menghina agama Islam kerana kononnya akidah ummah terlalu lemah dan begitu mudah untuk memurtadkan mereka.