IGP sahkan polis siasat 7 pegawai Bank Negara ikut FSA

  • 9 years ago
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa tujuh pegawai Bank Negara yang menyiasat skandal 1MDB sedang disiasat kerana kebocoran maklumat perbankan.

Katanya, mereka disiasat mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan penurunan kuasa juga telah diberikan oleh Bank Negara.