Dua pendaki Amerika cipta sejarah tawan tebing El Capitan

  • 9 years ago
Dua pendaki warga Amerika Syarikat, Tommy Caldwell, 36 tahun dan Kevin Jorgeson, 30 tahun, Rabu lalu mencipta sejarah selepas berjaya menawan tebing batu paling sukar di dunia, El Capitan setinggi 914 meter di Taman Negara Yosemite di California.

Kedua-dua mereka memulakan pendakian bebas tanpa menggunakan sebarang alat bantuan itu pada 27 Disember lalu.