SPRM: Takut apa, Rosmah pun kami siasat
  • 9 years ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah dibebaskan daripada siasatan memiliki sebentuk cincin berlian bernilai RM24.4 juta.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily memetik Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya menyiasat kes berkenaan sejam selepas laporan dibuat ke atas isteri perdana menteri itu.

Menurut Abu Kassim beliau kemudiannya menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menyoal soalan asas sama ada Rosmah membeli cincin berkenaan.