Ahli PAC: Siapa arah batal mesyuarat siasat 1MDB?

  • 9 years ago
Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berang kerana siasatan ke atas syarikat 1MDB sarat hutang yang dijadualkan pada hari ini tidak menjadi.

Anggota PAC Tony Pua berkata tindakan itu satu penghinaan kepada jawatankuasa parlimen dan menuntut pihak yang membatalkan mesyuarat hari ini tampil memberikan penjelasan.