Anak Fadzil Noor minta pemimpin PAS berjiwa besar

  • 9 years ago
Perwakilan Negeri Sembilan Muhammad Faiz Fadzil Noor meminta semua pemimpin PAS berjiwa besar dengan tidak mengeluarkan kenyataan yang menyerang rakan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Anak bekas presiden PAS itu berkata, perkara berkenaan perlu dilakukan bagi membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa PAS merupakan parti yang mampu memimpin Pakatan dan negara.