Rafizi ingatkan Annuar Musa, jangan bongkak isu MARA

  • 9 years ago
Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) Rafizi Ramli hari ini mengingatkan pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) supaya tidak bongkak berhubung isu pembelian hartanah di Melbourne, Australia.

Mengulas kenyataan Annuar bahawa apa yang didedahkan bukan sesuatu yang baru, Rafizi berkata apabila mereka membuat pendedahan tentang pembelian hartanah Dudley House, bererti mereka telah membuat kajian terperinci.