'Aibkan' ahli Umno, mahkamah arah Rafizi bela diri

  • 9 years ago
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini, memerintahkan Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli membela diri atas tuduhan mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli Umno melalui satu artikel, Februari lalu.

Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu terhadap Rafizi, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Beliau juga menetapkan perbicaraan kes pada 20 Ogos ini.

Recommended